Wednesday, July 8, 2009

Kek Lapis Alwani


Ampun tuan empunya resipi coz i couldn't remember from whose blog i took this recipe from... n lagi satu satu ampun coz pandai2 tambah haw flakes kat lapisan yang kedua hehe... sambil2 berebut haw flakes dengan aliff, mummy nak letak haw flakes dalam kek, dia pun sibuk gak nak makan haw flakes tu, dah tu tak mau kongsi ngan adik, terjerit-jerit si amzar nakkan haw flakes. Dialog aliff n amzar:
Amzar: abang, bak...
Aliff: adik jangan ambik abang punya!
Amzar: waaaa!!!!!!!!!!!!!
penin mummy!!!
Kek Lapis Alwani
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan horlicks
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula
200g marjerin
1/3 cawan susu pekat
1/3 cawan kismis
2 bungkus kecil haw flakes
1 sudu teh esen vanilla
pewarna hijau, merah & kuning
-gaulkan kismis dengan 1 sudu tepung
-pukul mentega dengan gula sampai kembang
-masukkan telur satu persatu
-masukkan susu pekat
-masukkan tepung yang telah diayak bersama horlicks
-masukkan esen vanilla
-sediakan kukusan
-bahagikan adunan kepada 3 bahagian
-warnakan setiap satu bahagian
-masukkan adunan merah ke dalam loyang dan taburkan kismis
-kukus 7 minit
-masukkan adunan hijau ke dalam loyang dan susun haw flakes
-kukus 15 minit
-masukkan adunan kuning ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam

1 comment:

MATA GEMBIRA said...

wah..dah ada nama kek nie..pandai kak lin pilih nama..seswai ngan kek nie..
memandangkan resepinya yang berjela-jela dan confirm ainul tak buat...
nanti ainul nak order dari kak lin..
tarikhnya nanti ainul habaq nooo...

You might also interested about these...

Blog Widget by LinkWithin