Monday, June 22, 2009

Tergendala...


Salam...

Amzar dgn Aliff still demam, susah hati tul mummy, awat tak kebah2 lg depa ni... tang masak mummy tetap masak, tapi tak sempat nak masukkakan kat sini, ni baru ada kesempatan...


-Egg tart-


Seswai tak buat egg tart ni sebagai breakfast? hentam ja la, janji ada benda untuk dimakan :) acuan tart yang kecik comei takdak, so buat la dalam acuan yang besaq ni. tak ingat la amik resepi ni dari umah sapa, sorry ek, tapi sedap...


Egg Tart

kulit:
200g butter
80g gula icing (i put castor sugar)
360g tepung
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla

filling:
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning

-untuk kulit, campur semua bahan kecuali telur dalam bekas, jadikan mcm bread crumb, pastu masukkan telur bit by bit n jadikan doh, canai n masukkan dalam acuan, bakar 10minit.

-untuk filling, campur semua, masukkan dalam kulit yang dibakar tadi n bakar lagi 10minit atau sampai masak.


-Bun Coklat-


Roti untuk breakfast anak2... alkisahnya, oven dah bunyi ni, ting!!! ha roti dah masak! biar sejuk jap pastu nak kuarkan dari loyang nak boh dalam pinggan, eh apsal roti ni cam lembik ja ni, adoih tak masak betul lagi rupanya... masuk la balik dalam oven, kali ni masak lagi 20minit, hehe rentung la sket roti cek...


-Moist Choc Cake, choc ganache-


-Moist Choc Cake, steam butter cream, choc ganache-

-Moist Choc Cake, Buttercream-

ni kes nak mengasah skill yang tak berapa. yea! dah berjaya buat choc ganache yang tak meleleh :) steam buttercream tu tak nampak coz dah tutup dgn choc ganache, tapi ala2 jadi la jugak hehe. n basketweave tu walaupon tak cantik, tapi i bangga u, sebab dapat buat gak! resepi asalnya dari nor, asalnya kukus, tapi kali ni kaklin bakar la nor, tetap moist. nor, mintak izin nak masukkan resepi kat sini ek..
Choc moist cake
3 biji telur
1 1/2 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 3/4 cawan tepung
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
-pikul telur dengan gula, 2 minit ja
-masukkan minyak, susu , air, sebatikan
-masukkan semua bahan kering yang di ayak
-bakar atau kukus i jam
*adunan memang agak cair, don't worry k...

yang kat atas ni, agak2 nampak mcm apa ek? ni la hush brown cek :) skang ni tiap2 hari asik dok pikir nak buat breakfast apa kat anak2, sebabnya dok dapat email yang banyak pasal makanan yang tak tentu halal kat luar sana. tapi best ar sebenarnya bila dapat masak untuk anak2, puas hati :)

hush brown

kentang - parut halus

bawang besar - dadu

garam

black pepper

-campur semua, tempek atas kuali, balik2 skit, siap!

Friday, June 19, 2009

Mummy, abang dengan adik demam...

kesian tul tengok adik dgn abang demam, adik merengek ja, abang pulak terkelepek tak larat... semalam adik ja demam, hari ni dah jangkit ke abang. amzar kalau demam mmg temperature very high, risau tul, mummy siap spare air kat hujung katil buat jelum adik.
sebelum tu adik sakit mata, hari ahad sebelum ayah balik shah alam dah bawak adik amik ubat tapi still tak sembuh lagi, bgn pagi mesti adik takleh buka mata sebab byk sgt tahi mata, sian adik... mummy ckp kat ayah adik n abang demam, ayah risau, ayah cakap nak balik, kesian ayah... sedih tul la dok jauh2 mcm gini... mudah mudahan awal tahun depan ayah dapat trnsfer balik perlis, insyaAllah...

Tuesday, June 16, 2009

kek durian


buat kek ni untuk mak. mak n abah mai umah, mak tak sihat... sedih la tengok mak mcm tu, selama ni mak la orang paling sihat kat rumah. bila tengok mak tak larat, suara pun dah slow ja, sedih tul... tapi tok n wan mai umah kali ni adik nak pulak p kat wan n tok, kalu tak jgn harap sapa nak amik dia... ingat ayah ye dik... ayah, bila la ayah nak balik kat aliff ni... mummy pun ingat ayah gak...

pot luck

carrot cake with cream cheese frosting, buat untuk makan dengan kawan2 ofis. dah abis sem ni, student takdak so buat la jamuan sket. lagipun untuk meraikan kedatangan kj n staf baru. selamat datang...

order dari kak ani


choc moist cake, order dari kak ani untuk birthday iman, yang ke-6 kalu tak silap...

choc moist cake

order dari kak yanti n mila jmsk. camana ek nak bagi topping tu melekat kat atas kek? meleleh ja tu... anyway thanks for the order, harap2 puas hati la no...

first customer



first order dari nida... nida first customer kaklin tau... marble cheese brownies. thanks nida for being my first customer!

lepas gian


Takleh tido la mengingatkan kek... ini projek hari sabtu. lepas kelas dengan puan ratna, ni baru start nak buat kek balik. dok teringin sgt nak main icing. bahan semua dah ada, apa lagi... ni la hasilnya first time deco ni...

Pisang marathon...





muffin pisang, kek pisang kukus n kek pisang bakar... gara2 nak menghabiskan pisang yang dah masak ranum. semua buat at the same time... makan la anak2... sib baik amzar n aliff memang jenis yang suka makan especially amzar. perkataan pertama yang amzar sebut seingat mummy is 'nak!!' apa jugak yang orang pegang mesti adik nak makan jugak!

Cake Making N Deco bersama Pn Ratna

Moist Chocolate Cake
Cheese Cake


Sponge Cake

Hasil tangan Aini, Nor n Lin... first time join kelas kek, best rupanya walaupun penat sket... tak menang pun takpa, pengalaman tu yang penting... kelas ni anjuran pelajar tahun akhir jabatan hospitaliti PTSS. Instructornya Pn Ratna, banyak ilmu yang diturunkan. tima kasih banyak2 ye...



main pasir!!!

Adik n abang dengan kasut ben10 tengah main pasir... macam best ja depa main pasir tu sampai ajak balik pun tak mau...

Aliff Nur Iman


Mummy dah post gambar aliff tadi, napa tak kuar pun... takpa mummy post lagi! Aliff Nur Iman, 6 Oktober 2006. tapi ni gambar masa umur aliff sehari, tak sempat snap masa baru lahir...

Amzar's birthday cake

Kek ni untuk adik, tapi abang aliff pulak yang sibuk nak potong, adik buat taktau ja.. happy 1st birthday Muhammad Amzar Iman...

Muhammad Amzar Iman

Muhammad Amzar Iman, lahir pada 10 mac 2008 jam 430 petang di Hospital Tuanku Fauziah, kangar. Mummy mintak kat misi tu ubat tahan sakit just before amzar dilahirkan, effectnya adik kuar tak nangis n mummy pulak tertidur lepas tu sampai lebih kurang 2jam. sian ayah tunggu kat luar dengan berdebarnya, apa hal la anak bini aku kat dalam tak kuar-kuar lagi nih...

Cukur jambul Aliff

lebih kurang seminggu tali pusat Aliff dah luruh, so dua-dua tok suruh terus cukur jambul. aliff dah botak!!

Aliff Nur Iman


Aliff Nur Iman, sehari lepas lahir. aliff lahir 6 October 2006, 8.30am, hospital tuamku fauziah, perlis. Fisrt day tak sempat snap gmbar... pelengkap hidup mummy dan ayah, welcome to the new world sayang...

Monday, June 15, 2009

first entry...

salam...
baru nak start blogging nih

You might also interested about these...

Blog Widget by LinkWithin