Monday, June 22, 2009

Tergendala...


Salam...

Amzar dgn Aliff still demam, susah hati tul mummy, awat tak kebah2 lg depa ni... tang masak mummy tetap masak, tapi tak sempat nak masukkakan kat sini, ni baru ada kesempatan...


-Egg tart-


Seswai tak buat egg tart ni sebagai breakfast? hentam ja la, janji ada benda untuk dimakan :) acuan tart yang kecik comei takdak, so buat la dalam acuan yang besaq ni. tak ingat la amik resepi ni dari umah sapa, sorry ek, tapi sedap...


Egg Tart

kulit:
200g butter
80g gula icing (i put castor sugar)
360g tepung
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla

filling:
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning

-untuk kulit, campur semua bahan kecuali telur dalam bekas, jadikan mcm bread crumb, pastu masukkan telur bit by bit n jadikan doh, canai n masukkan dalam acuan, bakar 10minit.

-untuk filling, campur semua, masukkan dalam kulit yang dibakar tadi n bakar lagi 10minit atau sampai masak.


-Bun Coklat-


Roti untuk breakfast anak2... alkisahnya, oven dah bunyi ni, ting!!! ha roti dah masak! biar sejuk jap pastu nak kuarkan dari loyang nak boh dalam pinggan, eh apsal roti ni cam lembik ja ni, adoih tak masak betul lagi rupanya... masuk la balik dalam oven, kali ni masak lagi 20minit, hehe rentung la sket roti cek...


-Moist Choc Cake, choc ganache-


-Moist Choc Cake, steam butter cream, choc ganache-

-Moist Choc Cake, Buttercream-

ni kes nak mengasah skill yang tak berapa. yea! dah berjaya buat choc ganache yang tak meleleh :) steam buttercream tu tak nampak coz dah tutup dgn choc ganache, tapi ala2 jadi la jugak hehe. n basketweave tu walaupon tak cantik, tapi i bangga u, sebab dapat buat gak! resepi asalnya dari nor, asalnya kukus, tapi kali ni kaklin bakar la nor, tetap moist. nor, mintak izin nak masukkan resepi kat sini ek..
Choc moist cake
3 biji telur
1 1/2 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 3/4 cawan tepung
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
-pikul telur dengan gula, 2 minit ja
-masukkan minyak, susu , air, sebatikan
-masukkan semua bahan kering yang di ayak
-bakar atau kukus i jam
*adunan memang agak cair, don't worry k...

yang kat atas ni, agak2 nampak mcm apa ek? ni la hush brown cek :) skang ni tiap2 hari asik dok pikir nak buat breakfast apa kat anak2, sebabnya dok dapat email yang banyak pasal makanan yang tak tentu halal kat luar sana. tapi best ar sebenarnya bila dapat masak untuk anak2, puas hati :)

hush brown

kentang - parut halus

bawang besar - dadu

garam

black pepper

-campur semua, tempek atas kuali, balik2 skit, siap!

3 comments:

kakitulis said...

mcm best je hush brown tu.nk try la hehehehe

MATA GEMBIRA said...

emmm..dah dapay idea baru nak wat breakfast..x sabaq nak try weekend nie

salehs said...

salam...weeiii linda kalau org kapong pggil tepek je arrr...hahahahahahaaaaaaa

You might also interested about these...

Blog Widget by LinkWithin