Thursday, July 30, 2009

Cupcake untuk PML




Mui lan, u are my first cupcake customer tau! TQ so much!!! Bestnya dapat buat cupcake ni... ni first time apply ilmu yang dapat kat KK Arau, resipi super moist cupcake yang instructor bagi memang kelas, memang super moist habis! Tapi cam tak berani ja nak letak resipi kat sini hehe... tolong abaikan decoration yang sangat tidak cantik itu ya :) next time i'll improve, i promise!

Roti Kaya

Huhu huduhnya roti aku :(


Close up sket roti yang paling cantik diantara yang huduh ni...
Apsal la buruk benor rupa roti aku tuh! Siap dengan terburai isi kat dalam lagi, inti kaya dengan kacang merah. Ni kes tak pandai nak balut inti, habis terkeluar-keluar inti tu... Doh dah ok, lembut, rupa ja yang tak menarik tertarik hehe... Tapi alhamdulillah habis jugak roti yang tak cantek ni :)
Bun
2 cawan tepung roti
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil yeast kering
2 sudu kecil gula
1 biji telur
100-150 ml air
1 sudu kecil butter
- campur semua bahan kering, ratakan
-masukkan telur
-masukkan air sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh
-masukkan butter dan uli hingga sebati dan kental
-rehatkan 1 jam
-bentukkan doh
-rehatkan lagi lebih kurang 30- 50 minit
-bakar 180 c 25-30 minit

Order dari Kawan2 Ofis


Mix Fruit Cake - order from Kak Zie


Marble Cheese Cake - Order from Kak Ida for newly wed Safirol CONGRATS!!!



Untuk kawan2 ofis

Terima kasih banyak2 untuk kawan2 yang menyokong aku dalam bidang yang baru ni diceburi ni... Aku tak pandai sebenarnya, cuma minat yang teramat sangat dengan baking ni :) kak ida, ampun nah kek untuk safirol tu teramatlah tidak canteknya, saya budak baru belajar hehe... anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU SAFIROL N SYAMSINAR, semoga bahagia ke akhir hayat...

Muffin Pandan Choc Chips


Selama ni asyik buat muffin choc ja, tak penah terasa nak buat perasa lain :) kenapa ek... sebab aku n anak2 suka chocolate!!! Tapi kali ni rasa terpanggil lak nak buat muffin pandan ni, tambah tokok apa yang rasa best, jadi la muffin pandan choc chips ni, yang pasti, tetap ada sentuhan chocolate hehe :) tengah mummy kalut nak buat muffin ni untuk breakfast depa, depa pun kalut la nak tolong sama, almond flakes kat atas tu aliff yang taburkan, tq abang...
Muffin Pandan Choc Chips
2 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 3/4 cawan tepung
1/2 cawan oats
2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan choc chips
sedikit almond flakes
-pukul telur dengan gula
-masukkan minyak n susu
-masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder
-masukkan oats dan choc chips
-taburkan almond flakes
-bakar pada suhu 180 c selama 30 minit

Tuesday, July 21, 2009

Mandi kolam lagi...


Amzar dah boleh berenang sendiri


Aliff tetap seksi

Hari isnin petang bawak anak2 p mandi kolam lagi. Kali ni p awal sket, boleh depa mandi lama sket... Amzar cam biasa mandi sampai takmau naik, angkat naik ja menjerit-jerit dia nak turun lagi! Happy sgt bila tengok dia dah pandai berenang sendiri, berenang cara dia la :) Aliff pulak dah tak takut lagi, dah boleh masuk main dalam air, selam muka dalam air... kena bawak mandi kolam lagi nih bagi pandai berenang. Mummy tak pandai nak berenang, kot2 anak boleh berenang pun, jadilah :)

Mandi kolam


Amzar first time mandi kolam PTSS


Aliff yang seksi


Hari jumaat bawak anak2 p mandi kolam PTSS, kak ani pun bawak anak2 dia. Bestnya bebudak tu dapat mandi... Amzar enjoy sangat dapat mandi kolam, sampai tak mau berenti mandi! Yang aliff pulak berani main kat tepi ja lepas 2 kali jatuh dalam air, kesian abang ya...

Cookies


Chocolate Chips Cookies


Lovely Chocolate Cookies

Tak daya la nak buat cookies banyak2 jenis, tak dan nak dok ngadap lama2. Buat kek rasanya lagi senang la, siapkan adunan then masukkan dalam oven, lebih kurang sejam masak la dia... buat cookies ni nak kena dok tang tu buat sampai habis, penat ooooooo..........

Tetinggal la pulak...


Ni ada lagi sebiji kek, lupa lak nak masukkan sekali :) yang ni marble cheese cake.

Cake anyone?

Cuti sempena Isra' Mikraj aku dipenuhkan dengan xtvt membuat kek. Rumah tu dah jadi mcm kedai kek pun ada. Dari pagi sampai ke malam asyik buat kek ja... Semuanya untuk sample, nak bagi kawan2 rasa, kot kot ada yang nak order :) tapi Red Velvet Cake tu mcm tak jadi sket la, cam bantat ja... :(



Kek Lapis Alwani


Carrot Cake

Mix Friut Cake


Orange Poppy Seeds Cake



Red Velvet Cake



Thursday, July 16, 2009

Oatmeal Cookies



Fail tul bab2 photographing ni... gambaq tak cantek langsung kan? Ni guna camera hp ja, malas nak guna digital camera...
Cookies pertama yang dibuat untuk dijadikan sample. Satu hari satu jenis ja sempat buat cookies, next week baru bleh bawak p ofis. Tu pun kalut dgn Aliff, mummy sibuk buat cookies dia pun sibuk gak la nak tolong, risau tul... Aliff ni dah mcm gaya nak jadi chef ja ni, abang takmau jadi pilot dah ka abang??? Cookies ni kan... keras la, bleh baling ke dinding! Maunya tak keras, tepung 3/4 cawan ja, oat sampei 3 cawan, toasted walnut lagi! Tapi sedappppp :)

Wonder Pet kami datang...


Dah dapat pun baju wonder pet untuk dua beradik nih! Amzar ada satu baju wonder pet sebelum ni yang makngah Ida bagi, tiap kali dia pakai mesti Aliff dok bising suruh adik buang sebab dia nak pakai, mana muat abang oi...

Aliff: adik buang la baju tu aliff nak pakai (dia bahasakan diri dia sebagai aliff kat adik)
adik buat taktau ja...........
Mummy: mana muat abang nak pakai, abang besar la...
Aliff: mummy beli la baju wonder pet yang naik kereta tu kat aliff jugak!
Mummy: tu bukan mummy beli, makngah yang bagi kat adik
Aliff: cakap kat makngah beli la kat aliff jugak...
Hehe, makngah, apa lagi.....

Masa p nat (pekan hari) nampak baju wonder pet ni, beli la kat aliff sepasang, pusing2 nat tetiba rasa bersalah kat adik... pusing balik beli kat adik pulak sepasang... sib baik murah :)

Tripple Choc Muffin


Rasa cam dah lama ja tak buat muffin... maka terjadilah muffin ni untuk breakfast anak2 dan juga untuk di bawak ke ofis makan ngan kawan2...

Triple Choc Muffin

3/4 cawan gula castor
2 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum*
1/2 cawan serbuk koko*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 sudu besar baking powder*
1/2 cawan oat
1/2 cawan choc chips
sedikit choc rice (untuk tabur)

-ayak bahan bertanda *, ketepikan
-pukul telur dengan gula
-masukkan minyak dan susu cair
-masukkan tepung yang telah diayak
-masukkan oats
-masukkan choc chips
- sudukan dalam paper cup dan tabur choc rice
-bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 25 minit atau sehingga masak

Monday, July 13, 2009

Kelas Cupcake, KK Arau

Inilah hasilnya... :)





Ayah n anak2 tengah testing cupcake mummy :)
Hari sabtu baru ni ada kelas cupcake dekat KK Arau, yuran RM40, murah kan? Aku pun dengan semangatnya ajak Nor join, Nor pulak dengan semangatnya nak ikut :) memang teringin sangat nak p kelas cupcake sebelum ni tapi tengok yuran cam mahal sket la, so ni memang peluang yang sangat di tunggu-tunggu :)
Group aku ada 4 orang, aku, Nor, Kak Tul (lecturer UUM) n Iza (staf UUM). Bestnya dapat kawan2 baru yang pakat bersemangat nak buat cupcake... Iza rajin la, semangat tul dia buat royal icing di saat2 akhir, yang lain2 ni tunggu jek royal icing tu siap untuk ditempek atas kek :) thanks Iza... tapi tang butter cream icing tu sket :( instructors dah buat buttercream icing tu awal2, so yang p belajar ni boleh terus guna ja, tapi sebab bilik tu tak da aircond, icing tu mcm cair sket, nak deco pun tak berapa cantik la :( so yang banyaknya deco dengan choc ganache ja...
Resipi cupcake yang instructors bagi memang best, choc moist dia memang super moist, tq cikgu-cikgu :)
Sayang tul tak sempat nak snap gambar masa kat kelas ni, tak ingat yang sebetulnya... mudah-mudahan lepas ni dapat lagi jumpa Iza n Kak Tul :)

Pizza lagi...




Buat pizza lagi untuk anak2... tapi kali ni buat doh sendiri lak, and also kali ni guna sos spageti prego, sedap :) tapi untuk doh tu aku guna resipi doh biasa, tak guna doh pizza pun...

Doh
250 g tepung
2 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
160 ml air
1 sudu kecil mentega


Topping
Sosej
Cheese
Sos spageti prego

-campurkan yis dengan sedikit air - biar berbuih
-campurkan tepung, susu dan gula
- masukkan yis
-masukkan air sedikit demi sedikit sampai jadi doh
-uli sampai tak melekat di tangan
-masukkan mentega dan uli lagi sampai kental
-rehatkan doh selama 1 jam
-bentukkan bulat dan leperkan (untuk letak topping)
-sapu sos prego
-susun sosej
-carikkan cheese n letak atas sosej
-bakar 25-30 minit

Rezeki di petang Jumaat (ke petang sabtu?)


Jiran sebelah rumah, Cik Sue yang kecik molek bagi, Fawaz p kebun katanya :) tenkiu Sue... Ada rambutan, manggis n langsat. Rambutan tu dah tinggal sebiji, tak sempat nak diselamatkan, Aliff n Amzar dah pakat berebut-rebut :)

Thursday, July 9, 2009

Kurma Ayam


Dialog Aliff bersama Mummynya...
Mummy: Mummy want to cook la...
Aliff: Aliff nak masak jugak!
Mummy: Aliff takmau tengok Pocoyo ka?
Aliff: Takmau, aliff nak masak dengan mummy
Mummy: ok jom, switch off the tv
Maka berdua-duaan la aku ke dapur bersama pembantu chef yang genit ni... si adik tengah dimandikan oleh bibiknya :) sibuk tul aliff kalau kat dapur, semua dia nak tengok, semua benda dia nak tanya, semua proses kalu boleh dia nak buat jugak, sabaq ja la aku... resipi kurma ni nati2 la aku masukkan ek...
Tapi aku sangat sedey... anak2 aku tak mo cakap omputih :( salah aku jugak la rasanya, aku cakap omputih dengan depa pun kadang-kadang ja, dah tu depa seharian dok umah dengan bibik yang confirm cakap melayu, dan yang paling sedey bibik cakap melayu indon!!! haku nak nangis :( :( :(

Resipi Suka Hati Aku :)



I baked this banana cake because pisang yang kakcaq (my eldest sis) bagi tu dah lama sangat terperap kat dapur, dah nak lebam2 tapi tak berapa masak elok lagi. Heran gak kenapa... agaknya sebab masa ambik hari tu pisang tu tak masak lagi, pastu letak atas simen, terbantut la kot proses nak jadi ranum tu... pepandai aku jek buat andaian sendiri :)
So semalam aku merajinkan diri untuk buat kek pisang ni. Tapi aku malas nak timbang bahan-bahannya!!! Tulun... ini la satu penyakit aku, rajin nak buat tapi malas tul nak timbang menimbang nih... sebab tu aku suka sangat kalu dapat resipi yang sukat guna cawan, takyah nak timbang2 hehe... bahan kek pisang ni aku main campak ja, ampun... tapi Alhamdulillah rasa dia sedap la jugak :)
Kek Pisang
4 biji pisang - lenyek
200 g marjerin / butter
3/4 cawan gula
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan oat
-panaskan oven
-putar gula dengan marjerin / butter sampai kembang
-masukkan telur satu persatu
-masukkan tepung yang diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder
-masukkan pisang yang telah dilenyek
-masukkan oat
-bakar pada suhau 180 C selama 50-60 minit atau sehingga kek masak

Mini Pizza


Mini pizza untuk sarapan anak-anak..
Sepatutnya guna sos spagetti prego spread atas roti tu, tapi disebabkan takdak stok, i just spread sos cili. Nasib baik anak2 boleh makan yang pedas.. potong sosej n susun atas roti, koyakkan slice cheese then bakar lebih kurang 10 minit. Tapi kalu guna mozarella cheese mesti lagi sedap kan...

Wednesday, July 8, 2009

Kek Lapis Alwani


Ampun tuan empunya resipi coz i couldn't remember from whose blog i took this recipe from... n lagi satu satu ampun coz pandai2 tambah haw flakes kat lapisan yang kedua hehe... sambil2 berebut haw flakes dengan aliff, mummy nak letak haw flakes dalam kek, dia pun sibuk gak nak makan haw flakes tu, dah tu tak mau kongsi ngan adik, terjerit-jerit si amzar nakkan haw flakes. Dialog aliff n amzar:
Amzar: abang, bak...
Aliff: adik jangan ambik abang punya!
Amzar: waaaa!!!!!!!!!!!!!
penin mummy!!!
Kek Lapis Alwani
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan horlicks
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula
200g marjerin
1/3 cawan susu pekat
1/3 cawan kismis
2 bungkus kecil haw flakes
1 sudu teh esen vanilla
pewarna hijau, merah & kuning
-gaulkan kismis dengan 1 sudu tepung
-pukul mentega dengan gula sampai kembang
-masukkan telur satu persatu
-masukkan susu pekat
-masukkan tepung yang telah diayak bersama horlicks
-masukkan esen vanilla
-sediakan kukusan
-bahagikan adunan kepada 3 bahagian
-warnakan setiap satu bahagian
-masukkan adunan merah ke dalam loyang dan taburkan kismis
-kukus 7 minit
-masukkan adunan hijau ke dalam loyang dan susun haw flakes
-kukus 15 minit
-masukkan adunan kuning ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam

Steamed Choc Cake



Mr abang ada kat umah, so rajin la aku masuk ke dapur. Semangat tul nak masak bila ada cik abang ada... kek ni utk minum petang, resipi kek kukus nor lagi, tq nor!!! resipinya dah penah masukkan kat sini tapi yang tu versi bakar, kali ni buat kukus pulak.

Tuesday, July 7, 2009

Roti Nasi



Versi belum potong


Versi siap potong


Kali ni buat roti lak untuk breakfast. Menjadi gak la buat roti kali ni, cuma tak ringan cam roti gardenia... agaknya sebab aku pandai2 gantikan susu dengan tepung tu kot... tu la derhaka lagi!

Resipi asalnya dari ros onigiri nun di japan sinun, nak mintak izin tempek resipi yek...


Roti Nasi

80g nasi putih

100ml air

250g tepung roti (i used tepung gandum jek)

60ml susu segar (i used susu cair)

4g dry yeast

2 sudu besar gula

20g butter / marjerin

1 sudu kecil garam


-campurkan yis dengan 1/2 sudu kecil gula, biarkan sampai berbuih

-blend nasi dengan susu

-campurkan nasi, marjerin, gula n garam

-masukkan dalam tepung dan uli sampai sebati

-rehatkan 1 jam

-tumbuk doh untuk keluarkan angin

-canai n lipat 3 then masukkan dalam loyang

-biar naik sekali ganda

-bakar 190 c selama 25 minit.

You might also interested about these...

Blog Widget by LinkWithin
Powered By Blogger