Showing posts with label pizza. Show all posts
Showing posts with label pizza. Show all posts

Monday, July 13, 2009

Pizza lagi...




Buat pizza lagi untuk anak2... tapi kali ni buat doh sendiri lak, and also kali ni guna sos spageti prego, sedap :) tapi untuk doh tu aku guna resipi doh biasa, tak guna doh pizza pun...

Doh
250 g tepung
2 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
160 ml air
1 sudu kecil mentega


Topping
Sosej
Cheese
Sos spageti prego

-campurkan yis dengan sedikit air - biar berbuih
-campurkan tepung, susu dan gula
- masukkan yis
-masukkan air sedikit demi sedikit sampai jadi doh
-uli sampai tak melekat di tangan
-masukkan mentega dan uli lagi sampai kental
-rehatkan doh selama 1 jam
-bentukkan bulat dan leperkan (untuk letak topping)
-sapu sos prego
-susun sosej
-carikkan cheese n letak atas sosej
-bakar 25-30 minit

Rezeki di petang Jumaat (ke petang sabtu?)


Jiran sebelah rumah, Cik Sue yang kecik molek bagi, Fawaz p kebun katanya :) tenkiu Sue... Ada rambutan, manggis n langsat. Rambutan tu dah tinggal sebiji, tak sempat nak diselamatkan, Aliff n Amzar dah pakat berebut-rebut :)

Thursday, July 9, 2009

Mini Pizza


Mini pizza untuk sarapan anak-anak..
Sepatutnya guna sos spagetti prego spread atas roti tu, tapi disebabkan takdak stok, i just spread sos cili. Nasib baik anak2 boleh makan yang pedas.. potong sosej n susun atas roti, koyakkan slice cheese then bakar lebih kurang 10 minit. Tapi kalu guna mozarella cheese mesti lagi sedap kan...

You might also interested about these...

Blog Widget by LinkWithin
Powered By Blogger